December 17, 2010

0010 :: Kalimah Syahadah




Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.

Lafaz syahadah ialah :
 



Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati.


 




RUKUN SYAHADAH
Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah. 
Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :


1. Menetapkan zat Allah.

2. Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.

3. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.

4. Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.


 


SYARAT SYAHADAH

1. Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah  ( diucapkan dengan lidah ).

2. Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul.

3. Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )

4. Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )

5. Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).

6. Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah.

IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR

1. Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat.

2. Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.


 




10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

 




1. Menyekutukan Allah

2. Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk)

3. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.

4. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam.

5. Mencaci Nabi dan Sunnahnya.

6. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.

7. Menenung nasib dan bermain sihir.

8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam

9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa

10 .Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.

December 16, 2010

0009 :: Rukun Iman

RUKUN IMAN
 



1.BERIMAN KEPADA ALLAH
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan  selain Allah swt
2.BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.
3.BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN
4.BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW
5.BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.
6.BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya

0010 :: SOLAT - Syarat dan Rukun Sembahyang




Syarat dan Rukun Sembahyang
 

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-



  1. Orang Islam
  2. Menghadap arah Kiblat
  3. Suci dari Haid, Nifas dan Junub
  4. Akil baligh
  5. Melihat atau mendengar
  6. Jaga (tidak tido)
  7. Sudah masuk waktu sembahyang



kongsi ilmu >>> cukup semua tu... adalah wajib kita bersolat....

0008 :: Rukuk Islam

RUKUN ISLAM
 





1.MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH



"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.


2.SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM



Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.

3.MENGELUARKAN ZAKAT





Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya

4.BERPUASA DI BULAN RAMADHAN





Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt

5.MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH





Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

December 15, 2010

CORETAN : Bagaimana untuk menjadikan pahala kita sentiasa berkekalan sampai bila bila..?


Bagaimana untuk menjadikan pahala kita sentiasa berkekalan sampai bila bila..?

  1. 1.       Sedekah amal jariah
  2. 2.       Ilmu yang bermanfaat
  3. 3.       Anak yang soleh


Nabi Muhammad saw pernah berkata
“Perkara yang masih lagi kamu dapat pahala, walaupun kamu dah mati, ada beberapa perkara… yang pertama… ilmu yang di ajar.. yang kedua.. ilmu yang disebarkan…”

Ini bermaksud.. setiap ilmu yg kita dapat, dan jika kita sebarkan nya pada yang lain… Pahala ganjaran nya.. Contoh nya… Macam coretan saya ni… jikaulau anda copy n paste ke blog anda sendiri untuk tujuan “share” beramai-ramai, masyaallah… pahala yg anda dapat.. insya-allah… kalu baik hati link la skali blog saya ni… tak susah kan… copy+paste+link… kalu nak dibandingkan dengan pahala berpanjangan dalam kubur.. kalu saorang dua yang baca.. masyaallah… lagi lagi blog anda byk peminat.. satu hari sampai beribu-ribu yang masuk.. baca.. subhanallah…

Walaupun kita ni bukan penceramah, tetapi kita tolong sebarkan ilmu.. insya allah.. pahala kita akan dapt sampai dalam kubur.. sampai hari akhirat…

“Yang kedua Nabi berpesan… perkara yang ketiga.. adalah anak soleh yang di tinggalkan..”

Bukan doa sahja dari anak, jangan kita faham hanya doa dari anak yang soleh sahaja.. tetapi segala perbuatan dari anak yang baik…

Cuba balik umah nanti, buka album family anda semua… bagi yang dh kahwin.. cuba tgk gambar family… tgk mana agak agak nya anak yang boleh “pos” pahala lepas kita meninggal…? Panggil isteri.. panggil suami duduk sekali…

Isteri : abg, agak agak anak kita yang mana yang boleh ingat kita bile kita dah tak de lagi ye bang..?
Suami : (diam je)…
Isteri : Cuba abg tgk Along ni hah… ntah la… Keje pun AHLONG… keje nye kejar orang.. tak pun org kejar die.. ntah la bang…
Suami : (diam lagi)…
Isteri : Ni pulak si Alang ni… Asyik HILANG je…. Balik sehari.. hilang 10 hari.. mana la anak yang boleh pos pahala pada kita ye bang..?

Kesian kalu jadi macam ni…

Sekarang ni… Anak ramai… tapi… entah la… tak tau nak buat apa dengan anak.. perangai macam macam fesyen…

Jadi…
Dengan kita pergi ke majlis agama @ ceramah.. pahala yang anda dapat.. cerah arwah mak bapak kita dalam kubur..
Pahala sedekah, pahala baca quran.. sampai kepada mak bapak…
Sebab itu adalah AMALAN SOLEH…
Kalu lah ada orng yang benci dengan majlis ilmu @ ceramah… maksudnya die tak sayang mak bapak mereka.. kalu la mereka sayang pada mak bapak mereka.. merak duduk dating ke majlis ilmu… dapat pahala… pastu.. niat dalam hati.. “ya Allah, pahala yang aku dapat ini aku sedekah kan pada arwah mak bapak aku yang dh meninggal tu ya Allah….”

Yang ketiga Nabi berpesan…” meshaf yang diwariskan / ditinggalkan”…

Contohnya.. kita wakafkan Alquran.. budak budak tafhiz baca… pahala dapat…
Kita beli buku / kitab… pastu kita simpan… bila kita dah meninggal.. anak kit abaca buku / kitab tu… kita dapat pahala…
Kita beli buku agama… letak dalam masjid… jemaah datang baca… kita dapat pahala…

Jadi.. soalan saya.. bulan ni DAH BERAPA BAYANK BUKU ANDA DAH BELI..?

Ada orang yang dh lama tak beli buku..
Kenapa tak beli buku..? Kalu ASTRO kita boleh peruntukkan RM100 sebulan… kanapa buku tak boleh peruntuk RM100 sebulan..?

Yang ke-empat kata nabi “Masjid yang didirikan…”

Bukannya membuat sebuah masjid… kita bagi sebantang tiang.. dapat pahala… kita bagai sekeping atap… kita dapat pahala… walaupun kita beri seketul bata… masih kita dapat pahala…

Jadi, kalu kita jumpa masjid yang sedang dibina… masuk terus dalam masjid tu.. jumpa bendahari masjid… wakaf kan la.. seberapa yang kita ada or mampu… RM50… RM500… RM1000….

Itu yang akan menolong kita didalam kubur…
Duduk dalam kubur gelap… ada ulat.. ular.. duk dalam kubur tanah… sunyi… 



bersambung......

semua coretan ini adalah dari hasil pendengaran cd ceramah dari ustaz Muhammad Kazim Elias.. dan saya konsi kan bersama untuk tujuan perkongsian ilmu, dan semoga anda semua mendapat ilmu dan sesuatu dari coretan ini... sekian..

December 14, 2010

0007 : Animasi Pilihan









CORETAN : Amalan Soleh [Part-1]

Assalammualikum...
Bismillah hiruhmannirrahhim...

Para pembaca blog Kongsi-ilmu..

Apakah ciri ciri hamba Allah…?
ciri ciri hamba Allah adalah org yg berusaha mendengar perkataan ayat ayat Al Quran, yg sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut sebaik baiknya agama, itu lah hamba Allah..

Hamba Allah itu apa..?
Hamba Allah ialah org yg berusaha mancari…
“org yg berusaha mendengar, yng belajar, yg nak dengar, yg nak tahu”

YG NAK DENGAR APA..?
AL-QURAN…. Hukum quran, huraian quran, hukum agama… dan selepas mereka mendengar.. mereka mengikut dengan sebaik baiknya.. ITULAH hamba ALLAH…

Sekarang ni.. sebut HUDUD pun tak mau, sebut REJAM pun tak mau, sebut SEBAT pun tak mau… apa lagi nak ikut… macam mana nak jadi hamba ALLAH…?

Hamba Allah ini ada syarat…
Syarat nya adalah..
Percaya dengan Quran, dan mengikuti sebaik baiknya apa yg Quran kata…

Para pembaca blog Kongsi-ilmu..

Sekarang ni,  bila kita cakap.. diorg tak nak dengar, tak nak ikut… diorg marah kita..
“bila kita cakap, diorg marah… bila kita tegur, diorg bantah… kadang-kadang boleh kecik ati di buat nya…”
So, macam mana..? Boleh tak kalu kita tak campur org.. tak bercampur dengan masyarakat…
Duduk je lat rumah, buat ibadat, sembahyg, zikir… langsung tak campur org.. bak kata org.. LANTAK LA DIORG NAK WAT APA PUN…

Bukan apa.. kadang kadang kalu kita keluar, macam macam kita nampak… tengok org kita sekarang ni.. seksi belaka… kadang kadang kita jalan jalan je kat luar, kita boleh jumpa manusia yg pakai  seluar… bukan main pendek seluar dia… sampai menampakkan peha nya yg putih melepak…
Kalu tak tengok… ishh…macam membazir pulok.. lawak je…
Bila tengok, lagi membazir…. Bazir pahala kita…
Ada setangah tu, bila dah nampak.. lagi die duk tenung… lagi die mgorat.. hahahha…
HELLO miss, HELLO miss.. Inge puren gee… (mcam lagi acapan..) lagi haru dibuat nya…

Menigkut cerita zaman Rasullulah s.a.w…
Seorg sahabat, datang berjumpa Rasullullah… sahabat ni dah fade-up.. dia tak mau campur dengan org.. di datang jumpa nabi, nak minta izin nabi untuk duduk sorg sorg..
Kata nya ..” Ya Rasullulah, saya ambil keputusan nak tanya dengan Rasullulah, saya tak mau campur campur dengan org, saya tak mau pergi masjid, saya tak mau dakwah lagi.. saya nak buat ibadat saja kat rumah saya…. Sya tak nak campur ini.. campur itu.. Cuma buat ibadat saja di rumah… boleh kah Rasullulah..?
Nabi berkata “La taf’al”…. maksudnya… jangan kamu buat
Sesungguhnya berjihad di jalan Allah, pahalanya lebih besar daripada kamu beribadat 70 tahun di rumah kamu… Masya-Allah… banyak tu…
Nabi berpesan… jika kita berdakwah, buat kerja untuk islam, buat kerja untuk org-org islam, untuk agama Allah…. Sehari kita bekerja melakukan semua itu… pahalanya bersamaan 70tahun beribadat di rumah..

Contohnya.. AJK masjid.. buat program bentuk keagaaman, ceramah.. panggil penceramah, panggil imam, cetak brocher, pasang kain rentang dan mcm macm lagi… Pahalanya, bersamaan dengan 70thn beribadat dirumah…


semua coretan ini adalah dari hasil pendengaran cd ceramah dari ustaz Muhammad Kazim Elias.. dan saya konsi kan bersama untuk tujuan perkongsian ilmu, dan semoga anda semua mendapat ilmu dan sesuatu dari coretan ini... sekian..





December 8, 2010

0006 :: Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit

Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.

[via]

0005 :: Lilitan Hitam Di Lengan Bagi Umat Islam [HARAM]

Lilitan Hitam Di Lengan Bagi Umat Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-19 yang bersidang pada 6-7 Oct 1987 telah membincangkan Lilitan Hitam Di Lengan Bagi Umat Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Memandangkan lilitan kain hitam di lengan baju yang berrwarna putih merupakan suatu adat kebudayaan bagi orang kafir, maka kelakuan tersebut hukumnya haram dan dilarang sama sekali kepada umat Islam.
     
  2. Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain.
[via]

0004 :: Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan  Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid). Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
 
Keterangan/Hujah: 
  1. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.
     
  2. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
     
  3. Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.
     
  4. Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.
     
  5. Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.
     
  6. Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.
[via]

December 6, 2010

0003 :: Amalan-amalan sunat pada bulan Muharram

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: "Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun"Maksud Hadis: "Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun."
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
sumber [via]

0002 :: Peristiwa penting pada 1 muharram

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

0001 :: Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan zulhijjah.

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"


Hikmah membacanya:


Hikmah membaca doa akhir tahun hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada amalan membawa kebaikan mahupun amalam yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah s.w.t. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Hikmah membaca doa awal tahun hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.





Assalammualikum.. Selamat Datang

Assalammualikum..

terima kasih kerana sudi ke blog saya ini..
blog ini akan memuatkan perkongsian ilmu-ilmu agama, ilmu yang berguna untuk perkongsian bersama.

semoga dengan perkongsian ini, dapat memberikan faedah bersama.. Insya-allah..