Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.
Lafaz syahadah ialah :
|
|
Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah |
|
Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati. |
Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.
Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :
| 1. Menetapkan zat Allah. |
| 2. Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna. |
| 3. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk. |
| 4. Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar. |
| |
| 1. Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ). |
| 2. Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul. |
| 3. Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya ) |
| 4. Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya ) |
| 5. Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ). |
| 6. Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah. |
| |
| |
| |
| IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR |
| |
| 1. Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat. |
| 2. Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat. |
| 10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH |
| 1. Menyekutukan Allah |
| 2. Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk) |
| 3. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya. |
| 4. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam. |
| 5. Mencaci Nabi dan Sunnahnya. |
| 6. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan. |
| 7. Menenung nasib dan bermain sihir. |
| 8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam |
| 9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa |
| 10 .Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran. |
No comments:
Post a Comment